Wajib dapat enam mata dua aksi pertama

Aksi para pemain Harimau Malaya ketika mengharungi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia baru-baru ini.
Aksi para pemain Harimau Malaya ketika mengharungi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia baru-baru ini.
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya perlu mengutip enam mata dalam dua perlawanan awal kempen Piala AFF 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Disember.

Bagi jurulatih berpengalaman Azraai Khor Abdullah, keputusan positif dalam dua perlawanan pertama amat penting bagi meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemain.

Jelas Azraai Khor, dia percaya, peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir lebih cerah sekiranya misi enam mata itu berjaya dicapai pasukan.

“Kalau kita lihat jadual yang dikeluarkan, skuad kebangsaan perlu memanfaatkan dua aksi pertama ini dengan mengutip enam mata penuh.