Sila log masuk terlebih dahulu.

Belia tak tahu politik bentuk kumpulan terbesar

31 Ogos 2022 | Sinar Shorts
A
A
A

Berdasarkan kajian berkaitan kefahaman belia tentang politik, terdapat lima kumpulan berbeza tahap kefahaman dari paling rendah kepada paling tinggi.

Pensyarah Pembangunan Belia, UPM, Dr Mohd Mursyid Arshad berkata, kumpulan terbesar adalah kumpulan yang tidak ambil tahu langsung tentang politik, disusuli kumpulan yang mengikut pengaruh kawan-kawan, seterusnya pengaruh keluarga.

Jelasnya, tanpa pendidikan politik secukupnya, jangan harap kematangan politik dalam kalangan anak muda akan wujud.

Dr Mursyid berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian Siri 363 bertajuk “Merdeka bukan sekadar slogan” pada Selasa.

Untuk video penuh di https://www.youtube.com/watch?v=1t0huSvaEOA

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#SinarHarian