Netizen persoal Boy Iman sambung Master

Paparan skrin entri Boy Iman
Paparan skrin entri Boy Iman
A
A
A

SEBELUM ini nama Datuk Dr Boy Iman pernah hangat dek kontroversi berkaitan penipuan hartanah dan penularan gambar konvokesyen Doktor Falsafah (PhD) yang terlalu ringkas sehingga ada yang menyamakannya dengan majlis di tadika.

Namun, semalam namanya kembali menjadi bualan apabila entri kad pelajar yang dimuat naik di Instagramnya sekali lagi tular dan menarik perhatian netizan.

Pada kad tersebut tertera nama penuh beserta pangkat Datuk (Dato) yang dimiliki selain menunjukkannya sedang menyambung pengajian di peringkat Master dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

“Dapat kad pelajar membuatkan saya rasa macam satu ‘semangat’ yang ‘luar biasa’ pada diri saya.

“Ini juga adalah salah satu azam tahun 2019. Doakan saya habis belajar ya walaupun agak sibuk dengan komitmen yang sedia ada,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Entri tersebut nyata menimbulkan keraguan di kalangan netizen yang mempersoalkan mengapa Boy Iman perlu mengambil Master sedangkan dia telah pun memiliki PhD.

Ada juga netizen yang memintanya supaya mendedahkan nama universiti kerana seseorang itu sepatutnya berbangga dengan institusi di mana dia menuntut ilmu.

Pangkat Dato yang terdapat pada kad pelajar turut dipersoalkan kerana menurut netizen nama pada kad pelajar biasanya hanya menggunakan nama penuh seperti dalam kad pengenalan.

Artikel Berkaitan: