Tukang kebun ditemui mati dipercayai dibunuh

Lokasi mayat tukang kebun dipercayai dibunuh di sebuah kebun betik dekat Kampung Dalam Wang, Baling pada Ahad.
Lokasi mayat tukang kebun dipercayai dibunuh di sebuah kebun betik dekat Kampung Dalam Wang, Baling pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang tukang kebun ditemukan mati dengan kesan kecederaan di dahi dan lebam di badan dipercayai dibunuh di Kampung Dalam Wang, Baling, pada jam lebih kurang 11.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mayat lelaki berstatus warganegara Myammar itu dijumpai dalam keadaan terbaring dalam kebun betik yang merupakan tempat mangsa bekerja.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami luka dalam di bahagian dahi kiri dipercayai akibat benda tajam dan lebam di bahagian belakang badan serta lengan kanan.

"Polis telah menahan rakan sekerja mangsa iaitu seorang lelaki (warga asing) dan majikan yang merupakan warga tempatan berusia 30-an dan 50-an," katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua tangkapan dibuat antara jam 3 hingga 5 petang Ahad hasil serbuan dijalankan sekitar Baling.

Jelasnya, suspek direman sehingga 4 September depan bagi membantu siasatan.

Menurut Shamsudin, seorang lagi warga asing yang juga merupakan rakan sekerja dikesan masih bebas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: