PRK Sandakan 11 Mei, penamaan calon 27 April

Azhar Azizan ditemui ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.
Azhar Azizan ditemui ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA, - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sandakan pada 11 Mei dengan hari penamaan calon pada 27 April serta pengundian awal pada 7 Mei.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dalam sidang media di sini hari ini berkata PRK berkenaan, yang dijangka membabitkan kos RM3.1 juta, akan melibatkan 39,856 pengundi biasa, 270 pengundi awal dan lima orang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata seramai 770 petugas dilantik bagi mengendalikan PRK itu dan 21 buah pusat mengundi dengan 92 saluran akan digunakan pada PRK berkenaan.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, pada 28 Mac lepas di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Wong memenangi kerusi P186 Sandakan itu dengan majoriti 10,098 undi selepas memperoleh 19,094 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Lim Ming Ho yang mendapat 8,996 undi. -Bernama

Artikel Berkaitan: