Bentang bajet awal perkara biasa: PM

Ismail Sabri (tengah) ketika melawat reruai jualan di Karnival UDA Ushaniaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama
Ismail Sabri (tengah) ketika melawat reruai jualan di Karnival UDA Ushaniaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Langkah mempercepatkan tarikh pembentangan bajet negara adalah perkara biasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri smail Sabri Yaakob.

"Perkara biasalah. Dulu zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pernah buat (bajet) bulan September," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran program USHAniaga Keluarga Malaysia di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa laporan media yang mengatakan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan awal iaitu pada 7 Oktober, sedangkan menurut takwim Dewan Rakyat, Bajet 2023 sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober.

Ditanya mengenai tarikh pembentangan bajet, Ismail Sabri berkata, ia akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Bernama