Tiga lelaki diberkas disyaki curi komponen kereta

Polis
Polis
A
A
A

AMPANG - Tiga lelaki diberkas dipercayai terlibat dalam kecurian komponen beberapa buah kenderaan di sebuah bengkel kereta di Jalan Bukit Permai, Taman Industri Bukit Permai, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada 12 Ogos lalu apabila pemilik sebuah bengkel mendapati beberapa komponen kenderaan pelanggan di bengkelnya hilang.

Menurut Mohamad Farouk, kejadian disedari mangsa kira-kira jam 10 pagi apabila mendapati bateri kereta dan tayar ganti pada tiga buah kenderaan di hadapan bengkelnya hilang dipercayai dicuri.

"Susulan siasatan, tiga lelaki tempatan berumur antara 32 dan 41 tahun ditahan di Stesen Minyak Shell Jalan Pandan Indah dan di sebuah rumah pangsa di Jalan Pandan Indah, Kuala Lumpur disyaki terlibat dalam kejadian terbabit.

"Tangkapan turut melibatkan rampasan antaranya sebuah lori, baju dan beberapa peralatan membuka komponen kenderaan," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Tambah beliau, semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau.

"Suspek pertama mempunyai 10 rekod lampau, suspek kedua satu rekod dan suspek ketiga mempunyai 12 rekod lampau yang kesemuanya melibatkan kesalahan jenayah serta narkotik.

"Suspek pertama dan kedua direman tiga hari manakala suspek ketiga direman empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: