KFC, Pizza Hut tawar promosi istimewa pada harga RM6.50

KFC dan Pizza Hut menawarkan menu istimewa pada harga RM6.50 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-65.
KFC dan Pizza Hut menawarkan menu istimewa pada harga RM6.50 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-65.
A
A
A

KFC dan Pizza Hut Malaysia telah melancarkan promosi istimewa sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65 dengan menawarkan pilihan menu pada harga RM6.50 bermula dari 22 sehingga 30 Ogos 2022.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, KFC menawarkan tiga jenis pilihan pada harga RM6.50, iaitu set A yang terdiri daripada seketul ayam KFC dengan sos jalapeno (4oz), set B iaitu seketul ayam KFC dengan kentang putar (4oz), dan set C iaitu seketul ayam KFC dengan nasi kolonel.

Menurutnya, Pizza Hut pula menawarkan dua jenis promosi pada harga RM6.50.

"Para pencinta piza kini boleh menikmatinya bersaiz personal dengan satu minuman berkarbonat pada harga ini atau memilih untuk menambah Hut’s Chocolate Lava Cake dengan harga RM6.50 (sah dengan sebarang pembelian).

“Selaku jenama yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Malaysia, KFC berbesar hati untuk meraikan kejayaan ini bersama rakyat Malaysia dan kami berharap tawaran ini akan menambah keceriaan kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, Pizza Hut sinonim dengan detik istimewa dan Hari Merdeka yang sentiasa dekat di hati semua.

“Kami berharap dapat menjadikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini lebih ceria disamping keluarga.

"Oleh itu kami berbesar hati untuk menawarkan promosi ini," katanya.

Artikel Berkaitan: