Tiada penyokong Najib hadir bicara kes 1MDB

Tiada kelibat penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini berhubung perbicaraan beliau mengenai kes 1 Malaysia Berhad Development (1MDB).
Tiada kelibat penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini berhubung perbicaraan beliau mengenai kes 1 Malaysia Berhad Development (1MDB).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada kelibat penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini berhubung perbicaraan beliau mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suasana dilihat agak berbeza berbanding perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu di Putrajaya sebelum ini.

Setakat jam 10.30 pagi, hanya wartawan daripada pelbagai media dilihat berada Mahkamah Tinggi bagi melaporkan keadaan terkini perbicaraan kes tersebut.

Turut dilihat hadir ialah anak Najib, Nooryana Najib pada jam 9.30 pagi.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Beliau pada Selasa lalu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Artikel Berkaitan: