Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Najib: Zahida gesa pihak berkuasa jejak nama terlibat

24 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 24 OGOS 2022

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menuntut agar pihak berkuasa meneruskan usaha menjejak nama lain yang terlibat agar episod sabitan salah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ditujukan hanya kepada beliau sahaja.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengesan nama-nama lain termasuk Jho Low, Nik Faisal dan Tan Sri Zeti bersama suaminya Datuk Dr Tawfiq Ayman yang terlibat dalam kes penyelewengan 1MDB.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Zahida turut menzahirkan kesedihannya di atas apa yang menimpa Datuk Seri Najib semalam.

Muzik: www.bensound.com

#Beritasemasa #UMNO #Najib #SinarHarian