'Jangan gembira atas musibah orang'

Tangkap layar tulisan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu di Facebook, pada Rabu.
Tangkap layar tulisan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu di Facebook, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM- Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengingatkan orang ramai agar tidak bergembira terhadap musibah yang ditimpa seseorang.

Beliau berkata, sebaliknya hal tersebut merupakan pengajaran kepada masyarakat agar tidak bersikap sombong dan sentiasa memohon istighfar kepada ALLAH.

Menurutnya, musibah yang ditimpa disebabkan sesuatu kesalahan hendaklah dijadikan panduan serta pedoman bagi mereka di luar sana agar tidak mengulangi kesalahan sama.

“Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan, agar Malaysia menjadi negara yang makmur, aman dan berintegriti, sekarang dan pada masa akan datang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu sebelum mengakhiri kenyataan meminta rakyat untuk berusaha dan berdoa agar masa hadapan negara akan lebih baik.

“Kita berusaha dan mendoakan supaya negara Malaysia dan rakyatnya berada di dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan: