Budak lelaki berusia 15 tahun hilang dari rumah

Sharveen dilaporkan hilang sejak 5 Jun lalu.
Sharveen dilaporkan hilang sejak 5 Jun lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Empire Damansara di sini sejak 5 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, remaja yang dikenali sebagai S Sharveen dilaporkan kali terakhir dilihat ketika keluar dari rumah pada jam 6 petang.

"Mangsa berketinggian lebih kurang 152 sentimeter, berbadan gempal, berkulit gelap dan berambut pendek lurus," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu pada jam 3.22 petang, 20 Julai lalu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Mohd Faizal Ya di talian 011-33556768 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: