Sila log masuk terlebih dahulu.

Skandal LCS: Rafizi dakwa keluarga timbalan menteri terlibat

22 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 22 OGOS 2022

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa dua syarikat palsu yang terlibat dalam skandal penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS) dimiliki oleh isteri kepada salah seorang menteri kabinet ketika ini.

Berdasarkan semakan katanya, syarikat bernama Alizes Marine Limited didaftarkan di Malta dan sebuah lagi syarikat bernama Alizes Marine Labuan didaftarkan di Labuan, Sabah ‘digunakan’ untuk menjadi pembekal alat-alat ganti kepada projek kapal LCS.

Tambahnya, laporan itu turut menunjukkan pemilikan syarikat oleh wanita itu juga berlaku ketika suaminya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Menteri Pertahanan.

Artikel: https://bit.ly/3ACXHLX

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa