Perhilitan Selangor selamatkan beruang terkena jerat

Pihak Perhilitan Selangor bersama Pusat Menyelamat Kebangsaan Sungkai menyelamatkan beruang yang terkena jerat di kawasan Ladang Escot, Ulu Bernam di sini pada Jumaat.
Pihak Perhilitan Selangor bersama Pusat Menyelamat Kebangsaan Sungkai menyelamatkan beruang yang terkena jerat di kawasan Ladang Escot, Ulu Bernam di sini pada Jumaat.
A
A
A

HULU SELANGOR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya menyelamatkan seekor beruang jantan yang terkena jerat di kawasan Ladang Escot, Ulu Bernam, di sini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, Perhilitan Selangor bertindak menyelamatkan haiwan berkenaan selepas aduan diterima oleh mereka.

Kaki beruang yang terjerat dengan perangkap dawai di Ladang Escot, Ulu Bernam, di sini.
Kaki beruang yang terjerat dengan perangkap dawai di Ladang Escot, Ulu Bernam, di sini.

Menurutnya, operasi menyelamat beruang seberat 46 kilogram itu disertai oleh kakitangan Perhilitan Selangor dan Pusat Menyelamat Kebangsaan Sungkai pada Jumaat.

"Kerja-kerja melepaskan jerat dawai dilakukan segera dan hasil pemeriksaan veterinar mendapati beruang itu dalam keadaan baik serta tiada kecederaan serius.

"Beruang tersebut kemudiannya dilepaskan semula ke habitat hutan asal," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.