Kane bikin Wolves berputih mata di London

Kane meraikan jaringan semasa aksi Tottenham Hotspur menentang Wolverhampton di Stadium Tottenham Hotspur, London. - FOTO: AFP
Kane meraikan jaringan semasa aksi Tottenham Hotspur menentang Wolverhampton di Stadium Tottenham Hotspur, London. - FOTO: AFP
A
A
A

HARRY Kane mencipta rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila gol tandukannya membolehkan Tottenham Hotspur mengatasi Wolverhampton Wanderers 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur pada Sabtu.

Skuad kendalian Antonio Conte sebelum itu disaingi hebat barisan anak-anak buah Bruno Lage pada 45 babak pertama, kembali garang pada babak kedua.

Biarpun begitu, kelab London itu memerlukan jaringan minit ke-64, untuk Kane memastikan tiga mata tuan rumah selepas menterjemah cetusan Ivan Perisic untuk gol ke-185 EPL pemain berusia 29 tersebut.

Untuk rekod, jaringan kapten England itu membolehkannya mendahului jumlah gol Sergio Aguero untuk Manchester City sebelum ini.

Gol Kane itu juga merupakan gol ke-1,000 Tottenham di tempat sendiri dalam saingan EPL, sekali gus mata ketujuh The Lilywhites selepas mengharungi tiga perlawanan.