Ismail Zakaria meninggal dunia

Ismail menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta di Cheras Selatan, tengah hari tadi akibat serangan jantung.
Ismail menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta di Cheras Selatan, tengah hari tadi akibat serangan jantung.
A
A
A

BEKAS ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta di Cheras Selatan, tengah hari tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berusia 60 tahun merupakan jurulatih bola sepak yang berpengalaman dan cukup dikenali kerana pernah membimbing beberapa pasukan tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti Sime Darby FC, Kuala Lumpur, Kuantan FA dan UiTM FC.

Selain itu, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2017.

Malah, Allahyarham juga sering bertindak selaku tenaga pengajar (instructor) bagi kursus-kursus kejurulatihan yang diadakan.

Antara kejayaan yang dikecapi Allahyarham ketika bergelar jurulatih adalah mengemudi Sime Darby FC muncul juara Liga FAM 2010, naib juara Piala FA (2012) dan naib juara Liga Premier 2013 lalu.

Semoga ALLAH SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Artikel Berkaitan: