Amaran ribut petir di KL, Labuan dan lapan negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan lapan negeri dan dua wilayah persekutuan sehingga jam 8 malam, Jumaat. Foto Bernama.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan lapan negeri dan dua wilayah persekutuan sehingga jam 8 malam, Jumaat. Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan lapan negeri dan dua wilayah persekutuan sehingga jam 8 malam, Jumaat.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada jam 5.10 petang memaklumkan lapan negeri berkenaan ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sabah, Sarawak serta Kuala Lumpur dan Labuan.

Di Perak kawasan terlibat ialah Kinta dan Kampar manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Rompin.

Selain itu di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat manakala Johor membabitkan Segamat, Kluang dan Johor Bahru.

Kenyataan MetMalaysia
Kenyataan MetMalaysia

Kawasan di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Manakala di kawasan Sarawak melibatkan Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei) dan Limbang.