Bournemouth mahu ‘calar’ rekod Arsenal

Pemain Bournemouth pasti mahu melakar kejayaan ke atas Arsenal. - Foto Koobit
Pemain Bournemouth pasti mahu melakar kejayaan ke atas Arsenal. - Foto Koobit
A
A
A

PENGENDALI Bournemouth, Scott Parker mahu ‘mencalarkan’ rekod bersih Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality pada Ahad.

Menurut Parker, setelah skuad kendaliannya itu tewas 0-4 kepada Manchester City minggu lalu, kesemua pemain diingatkan untuk kembali memberikan aksi terbaik dengan mencatatkan kemenangan ke atas Arsenal.

“Arsenal merupakan antara pasukan yang memenangi kedua-dua aksi awal musim ini dan kami mahu ‘mencalarkan’ rekod berkenaan.

“Lagi pun, Arsenal kini pastinya dalam tekanan dalam usaha mempertahan rekod tanpa kalah itu dan mungkin memberikan sedikit kelebihan kepada kami.

“Oleh itu, kesemua pemain perlu memberikan aksi terbaik dan tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah pada perlawanan ini nanti,” katanya.

Untuk rekod, setelah mengharungi dua perlawanan musim ini, Arsenal merupakan antara pasukan yang masih belum merekodkan sebarang kekalahan.

Sementara itu Parker menegaskan, pihaknya memang menghormati Arsenal sebagai antara pasukan yang disegani dalam saingan EPL.

Malah katanya, Arsenal juga sudah jauh meningkat di bawah kendalian Mikel Arteta dan dilihat sebagai antara pasukan yang nyata memberikan cabaran besar musim ini.

“Secara serius, saya melihat Arsenal sebagai pasukan yang menjadi pencabar ‘besar’ dalam saingan EPL musim ini.

“Oleh itu, saya menjangkakan kami akan menerima tentangan yang sengit daripada Arsenal kali ini,” katanya.