Milo Hi-Fibre penuhi keperluan nutrisi penting

Dari kanan; Su Yen, Rashid dan Juan ketika melancarkan Milo Hi-Fibre pada Rabu.
Dari kanan; Su Yen, Rashid dan Juan ketika melancarkan Milo Hi-Fibre pada Rabu.
A
A
A

NESTLE Malaysia Berhad (Nestle) melancarkan produk baharunya, Milo Hi-Fibre bagi memenuhi keperluan inovasi minuman bernutrisi rakyat Malaysia.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo, Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, produk minuman terkini syarikatnya itu dicipta dengan mengambil kira keperluan nutrisi penting masyarakat termasuk orang dewasa.

“Dengan Milo Hi-Fibre, kami mahu membantu untuk memberikan rakyat Malaysia tenaga dengan minuman yang memiliki kandungan serat lebih tinggi.

“Tentunya kami masih mengekalkan campuran barli malt, susu, koko dan vitamin serta mineral penting yang mengekalkan rasa ikonik kegemaran rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Milo Hi-Fibre di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé Malaysia, Juan Aranols dan duta Milo Hi-Fibre yang juga legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Su Yen berkata, setiap hidangan 30 gram(g) Milo Hi-Fibre mengandungi 3.7g serat yang mampu memenuhi 12 peratus keperluan serat harian seseorang individu.

“Serat pemakanan adalah komponen penting dalam pemakanan sihat dan seimbang untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan.

“Selain itu, produk baharu ini mengandungi hanya lebih kurang setengah sudu kecil gula (sukrosa) dalam setiap hidangan, sesuai untuk mereka yang mengamalkan pilihan kurang gula dalam diet,” katanya.

Su Yen berkata, Milo Hi-Fibre juga memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih sihat digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia membawa maksud bahawa kandungan gula dan lemak produk minuman tersebut adalah lebih rendah dan kandungan seratnya pula lebih tinggi.

Dalam pada itu, Su Yen berkata, pihaknya amat berbangga untuk mengumumkan Rashid sebagai duta Milo Hi-Fibre dan ia diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada gaya hidup rakyat Malaysia.

Sementara itu, Rashid berkata, selaku duta produk, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia dapat bersama-sama mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang peringkat kehidupan mereka.

Milo Hi-Fibre didatangkan dalam dua format iaitu pek lembut 900g dan stik pek 30g dengan 12 stik pek setiap bungkusan.

Ia boleh didapati di kesemua kedai berhampiran atau secara dalam talian melalui laman e-dagang mengikut pilihan pengguna.