Jangan terpedaya panggilan guna nama K-KOMM

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek turut meminta orang ramai menyemak kesahihan dengan menghubungi talian rasmi kementerian di 03-89115351, 03-89115188, 03-89115258 atau 03-89115265.

"Selain itu orang ramai dinasihatkan tidak memberi atau mendedahkan sebarang maklumat kepada pemanggil,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Sebarang panggilan atau mesej yang disyaki menjurus kepada penipuan perlu dilaporkan terus kepada Pusat Respon Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) di talian 03-26101559 atau 03-26101599. - Bernama