Wanita dipercayai dera kanak-kanak diberkas

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita diberkas dipercayai terlibat dalam kematian kanak-kanak yang menjadi mangsa dera di Mutiara Magna, Kepong di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kematian kanak-kanak lelaki terbabit kira-kira jam 12.01 tengah hari.

Menurutnya, mangsa yang berumur tiga tahun itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan terbaring di katil di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan luka di dahi, mulut dan hidung, kesan merah di bawah mata kiri, calar dan lebam pada

bahagian belakang badan serta siku tangan kanan mangsa.

"Kematian mangsa disahkan oleh Pegawai Paramedik Hospital Kuala Lumpur yang berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, siasatan dijalankan membawa kepada penangkapan seorang wanita yang merupakan pengasuh kepada mangsa.

"Mangsa yang diberkas berumur 40 tahun itu merupakan ibu saudara serta pengasuh kepada mangsa semenjak dilahirkan.

"Siasatan dijalankan mendapati suspek menjaga dua orang kanak-kanak iaitu mangsa dan abang mangsa yang berumur lima tahun," katanya.

Eng Lai berkata, suspek kini direman lima hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.