Reruai Nafas meriah

Timbalan Menteri I Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah (depan, kiri) dan Zamri (dua dari kanan) di Pavilion Nafas selepas melancarkan produk baja jenama Peladang bagi kegunaan isi rumah sempena MAHA.

A
A
A

SHAH ALAM - Sepanjang 11 hari berlangsung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos lalu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebagai usaha untuk menggalakkan orang ramai mengenali peranan agensi tersebut secara lebih dekat.

Antara aktiviti dianjurkan ialah pameran rantaian nilai ayam, jualan produk baja dan racun pertanian, serta potongan harga sehingga 30 peratus bagi beberapa produk terpilih jenama Peladang, selain jualan murah minyak pelincir jenama NAFASLUBE.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid (tengah) ketika mencampurkan semua borang Peraduan Jawab dan Menang
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid (tengah) ketika mencampurkan semua borang Peraduan Jawab dan Menang

Sesi lelongan ayam sejuk beku juga mendapat sambutan hangat apabila lebih 2,000 pek berjaya dijual di Pavilion Nafas di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps).

Nafas turut menampilkan Cef Naem, Cef Danish Harraz dan Cef Zam Akmal untuk demo masakan berasaskan produk jenama Peladang, selain mempamerkan pelbagai produk dan aktiviti lain di Laman Mekanisasi, Laman Padi dan Laman Agroedutainment.

Sepanjang berlangsungnya MAHA, pameran anak ayam warna-warni menjadi tarikan kanak-kanak di Pavilion Nafas di Dewan A, Maeps.
Sepanjang berlangsungnya MAHA, pameran anak ayam warna-warni menjadi tarikan kanak-kanak di Pavilion Nafas di Dewan A, Maeps.

Pertandingan memancing Fun Fishing yang diadakan memberi pengalaman kepada peserta untuk menikmati pemandangan semula jadi Nafas Cube yang terletak di Tasik Institut Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MARDI), Maeps.

Selain itu, seorang pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa bar emas seberat 50 gram menerusi Peraduan Jawab dan Menang yang disertai lebih 20,000 pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai Peraduan
Jawab dan Menang yang mana hadiah utamanya berupa
bar emas seberat 50 gram.
Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai Peraduan Jawab dan Menang yang mana hadiah utamanya berupa bar emas seberat 50 gram.

Hadiah tersebut merupakan simbolik sambutan Jubli Emas, 50 tahun penubuhan Nafas.

Tujuh pemenang bertuah membawa pulang hadiah berbentuk telefon bimbit, basikal lipat, tablet, seterika stim dan televisyen.

Menurut Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob, kehadiran pengunjung di Pavilion Nafas pada hari terakhir pameran juga dilihat lebih ramai berbanding hari biasa dan ia merupakan satu kejayaan bagi pihaknya mempromosi peranan dan perniagaan Nafas kepada umum dengan lebih dekat.

Menurutnya, sebagai pertubuhan peladang peringkat kebangsaan yang menerajui hampir sejuta ahli, pihaknya akan terus menyokong dan menyertai MAHA pada masa akan datang.

Pengunjung MAHA 2022 menggunakan perkhidmatan tram yang disediakan.
Pengunjung MAHA 2022 menggunakan perkhidmatan tram yang disediakan.