Dua lelaki leka lerai kereta curi diberkas polis

Dua lelaki disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Jalan Pandan Indah, Ampang berjaya diberkas.
Dua lelaki disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Jalan Pandan Indah, Ampang berjaya diberkas.
A
A
A

AMPANG - Dua lelaki yang sedang leka meleraikan kenderaan dipercayai dicuri terbantut apabila ditahan polis di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Sentosa, Rawang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua lelaki berusia berusia 27 dan 31 tahun itu ditahan susulan kes kehilangan kenderaan di Jalan Pandan Indah di sini pada Jumaat.

"Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi Ahad, kita menerima laporan sebuah kereta Proton Wira bernilai RM5,000 telah hilang disyaki dicuri.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan kedua-dua suspek ketika leka meleraikan kenderaan yang disyaki dicuri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya turut menemui serangkai anak kunci yang digunakan untuk mencuri kenderaan.

"Kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah menyasarkan kenderaan lama yang diparkir di kawasan sunyi.

"Semakan mendapati, salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes dadah dan masih dikehendaki manakala seorang lagi tiada rekod jenayah," jelasnya.

Menurutnya, kedua-dua suspek selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan," ujarnya.