Lebih 20,000 sertai peraduan Nafas

Zamri (empat dari kiri) memegang plakad hadiah utama cabutan bertuah pada majlis cabutan bertuah Nafas sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS pada Ahad.
Zamri (empat dari kiri) memegang plakad hadiah utama cabutan bertuah pada majlis cabutan bertuah Nafas sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS pada Ahad.
A
A
A

SERDANG - Peraduan Jawab dan Menang anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akhirnya menutup tirai selepas berlangsung selama 11 hari bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps).

Pertandingan tersebut berjaya mengumpulkan lebih 20,000 penyertaan daripada pengunjung yang hadir ke Pavilion Nafas di Dewan A, Maeps dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Menariknya, seorang pengunjung bertuah memenangi bar emas seberat 50 gram yang bersamaan dengan nilai harga lebih RM13,000.

Pemberian bar emas sebagai hadiah pemenang pertama itu merupakan simbolik sempena Jubli Emas Nafas yang ke-50.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid (dua dari kanan) mengumumkan pemenang bagi hadiah pertama iaitu bar emas seberat 50 gram.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid (dua dari kanan) mengumumkan pemenang bagi hadiah pertama iaitu bar emas seberat 50 gram.

Peraduan berkenaan menawarkan hadiah-hadiah yang menarik kepada para peserta termasuk memenangi telefon bimbit, basikal lipat, tablet, seterika stim, televisyen dan lain-lain.

Sebanyak enam peserta yang bertuah turut terpilih menjadi pemenang dan membawa pulang hadiah-hadiah yang ditawarkan itu.

Pemenang dipilih berdasarkan jawapan kepada soalan dalam kertas peraduan yang diberikan.

Kemudiannya kertas jawapan itu akan dimasukkan dalam sebuah kotak sebelum ia dicabut secara rawak.

Saripol Baharin
Saripol Baharin

Pemangku Pengurus Besar Nafas, Saripol Baharin Karim berkata, meskipun peraduan itu telah memasuki hari terakhir, namun penyertaan daripada kalangan pengunjung dilihat masih lagi ramai.

Ujar beliau, senarai nama pemenang-pemenang juga boleh dilihat dalam siaran langsung melalui Facebook rasmi Nafas pada Ahad.

“Kita melihat dari hari pertama sampai saat-saat akhir, sambutannya amat menggalakkan.

“Ini merupakan satu kejayaan bagi kita dalam mempromosikan Nafas itu sendiri supaya pengunjung mengenali lebih dekat dengan identiti organisasi pertubuhan kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam majlis Penutupan Peraduan Jawab dan Menang di Pavilion Nafas di Dewan A, Maeps di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid; Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob.

Dalam pada itu, Saripol Baharin berkata, kehadiran pengunjung pada hari terakhir dilihat lebih ramai berbanding hari biasa.

“Kalau ikut penganjur, bilangan pengunjung hari ini boleh cecah lebih daripada 200,000 dan jumlah keseluruhan kunjungan insya-ALLAH akan cecah 1.1 juta atau mungkin lebih daripada itu,” ujarnya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penglibatan Nafas dalam anjuran pameran pada masa akan datang, Saripol Baharin berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan dan terus menyertai program seperti itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (depan, dua dari kiri) ketika melawat reruai Nafas di MAHA 2022, Maeps, Serdang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (depan, dua dari kiri) ketika melawat reruai Nafas di MAHA 2022, Maeps, Serdang.

“Sudah semestinya, saban tahun kita merupakan rakan strategik kepada program ini.

“Kita antara penyumbang terbesar dan sebagai pertubuhan peladang peringkat kebangsaan yang menerajui lebih kurang hampir sejuta ahli, kita mesti dilihat sentiasa menyokong program-program seperti ini,” menurut beliau.

Saripol Baharin menambah, pameran-pameran seperti MAHA 2022 wajar dilaksanakan serta sentiasa ditambah baik pada masa akan datang.

Tambahnya, sesi lelongan ayam sejuk beku dari pihak Nafas telah berjaya menjual lebih 2,000 pek ayam sejuk beku sepanjang program MAHA 2022 berjalan.

“Selain ayam pek, Nafas menawarkan pelbagai produk ayam seperti ayam potong sekilogram, ayam potong 14, paha ayam tanpa tulang, filet ayam dan ayam super yang dijual pada harga istimewa.

“Produk-produk ayam ini dibawa kerana kita tahu ia adalah makanan popular rakyat Malaysia. Jadi kita berharap program ini akan dapat diteruskan dengan banyak lagi penyertaan pempamer,” jelasnya.

- INFO Pemenang

1. Mohd Aziz Mohd Rawi - bar emas 50gram

2. Chew Lin lin - Samsung S20 FE

3. Zahara Ramli - Samsung A52

4. Faridah Yahya - Java Zello Bike 20 inci

5. Nur Syakirah Omar - Philips PerfectCare Compact Steam Generator

6. Ahmad Redzuan Bedu - Samsung Tab A7 Lite7. Wan Zulaikha Wan Mohd Sufian - TV Sharp 42 Inci