Makan rasuah lagi berdosa: Mufti Perlis

Mohd Asri Zainul Abidin
Mohd Asri Zainul Abidin
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan walaupun memakan khinzir berdosa, tetapi lebih teruk jika seseorang itu mengamalkan rasuah.

Menerusi sedutan ceramahnya yang tular di media sosial, Mohd Asri turut memberikan contoh perbezaan antara kedua-dua perkara terbabit.

“Makan khinzir memang berdosa, haram tanpa syak. Tapi rasuah lagi berdosa besar.

“Makan khinzir kena (minta) taubat ALLAH SWT. Makan rasuah kena taubat minta halal balik kepada semua orang yang terbabit menyebabkan habis susah satu negara,” katanya.

Beliau dalam nada berlapik menerusi ceramahnya itu turut dilihat seolah-olah menyentuh mengenai isu kapal tempur pesisir (LCS) yang kini hangat diperkatakan orang ramai.

“Macam mana dahsyat. Duit RM6 bilion macam RM60. Orang kampung tengok pun tak pernah (RM6 bilion).

“Hilang macam itu sahaja. Itu pun sebahagian manusia ini wallahualam pengikut-pengikut depa (mereka) ini saya tak tahu, saya tak sebut siapa-siapa boleh salam cium tangan,” katanya dengan nada menyindir.

Mohd Asri turut menegaskan jika beliau tidak menyebut tentang perkara itu, siapakah yang akan menyentuh mengenainya.