Malaysia Airlines rai penerbangan terus KL-Tokyo Haneda

Antara pemain JDT yang mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Malaysia layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL). Foto Malaysia Airlines.
Antara pemain JDT yang mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Malaysia layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL). Foto Malaysia Airlines.
A
A
A

SEPANG – Malaysia Airlines meraikan penerbangan terus sulung pesawat MH36 (JL7096) antara Kuala Lumpur (KUL) dan Tokyo Haneda (HND) dalam satu acara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Penerbangan berlepas tepat jam 2.45 petang waktu tempatan.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan dua kali seminggu itu akan dikendalikan oleh pesawat A330-300, dilengkapi dengan 290 tempat duduk, merangkumi 27 tempat duduk Kelas Perniagaan, 16 tempat duduk Ekonomi dengan ruang kaki tambahan dan 247 Kelas Ekonomi.

“Perkhidmatan baharu ini akan menyokong operasi sedia ada Kuala Lumpur-Tokyo Narita bagi Malaysia Airlines, menjadikan sambungan dan jadual perjalanan ke destinasi Kuala Lumpur-Tokyo lebih selesa menggunakan hab-hab antarabangsa di Jepun,” katanya pada Ahad.

Menurut syarikat penerbangan nasional itu, antara penumpang penerbangan sulung ini adalah barisan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dalam perjalanan mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Malaysia layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL), yang akan diadakan di Jepun.