Penuh Sampah!

A
A
A
Sampah sarap terdiri daripada bekas plastik dipercayai dibuang oleh segelintir pengunjung yang hadir pada sebuah program permotoran di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam semasa tinjauan sekitar kawasan tersebut hari ini.

Perbuatan sedemikian mencerminkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kebersihan alam sekitar yang masih belum ‘Merdeka’ kerana sentiasa mengharapkan pekerja pembersihan mengutip sampah dan sisa makanan serta minuman yang mereka tinggalkan begitu sahaja tanpa membuangnya ke dalam tong sampah.

Isu kebersihan sentiasa disuarakan oleh pelbagai pihak namun ianya dipandang sepi disebabkan ‘kedegilan’ segelintir masyarakat untuk menjadi individu yang mempunyai kesedaran sivik meskipun telah diterapkan sejak dibangku sekolah.

Jika tidak dibendung dari sekarang, perbuatan ‘pengotor’ mereka ini akan diwarisi oleh generasi akan datang sekaligus menyukarkan usaha kerajaan untuk melestarikan alam sekitar.

Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan juga perlu mengambil tindakan terhadap individu atau penganjur program yang gagal untuk menangani isu pembuangan sampah di kawasan tersebut selain peranan sukarelawan untuk menyedarkan orang ramai berkaitan isu tersebut.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Ribuan penumpang terkandas

No Image Caption
GALERI

Keputusan UPKK 2023

No Image Caption
GALERI

Pameran Luna Light Wonderland 2024

No Image Caption
GALERI

Majlis Pelancaran Majalah InPenang