Lelaki Britain parah terjatuh air terjun

Mangsa ketika diusung keluar oleh pasukan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan. - Foto JBPM
Mangsa ketika diusung keluar oleh pasukan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan. - Foto JBPM
A
A
A

RAWANG - Keseronokan seorang lelaki warga Britain beriadah sambil mandi sungai di Taman Rimba Eco Kanching bertukar tragedi selepas dia mengalami kecederaan parah akibat terjatuh dari Air Terjun Kanching, di sini, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba Rawang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi.

"Kejadian melibatkan seorang mangsa warga Britain berusia 31 tahun yang terjatuh ketika mandi di Air Terjun Kanching.

"Menurut pemanggil, mangsa dalam keadaan sedar tetapi mengalami cedera patah kaki kanan dalam keadaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Norazam berkata, pasukan bomba bersama dua anggota polis tiba di lokasi kejadian pada jam 11.20 pagi dan telah memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa keluar menggunakan pengusung.

Katanya, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mangsa pada jam 12.50 dan telah dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: