Kakak Ronaldo tempelak bos Real

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

KAKAK kepada Cristiano Ronaldo, Katia Aveiro tampil mempertahan adiknya apabila mengatakan bintang sensasi Manchester United itu masih cergas dan boleh beraksi dengan baik.

Malah, Katia turut membidas Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang menolak untuk mendapatkan kembali khidmat kapten Portugal itu kerana dianggap sudah berusia.

"Ronaldo masih boleh melompat setinggi dua meter di udara dan kekal untuk tiga minit, badannya tidak ada lemak. Sedar diri orang tua, anda 75 tahun.

"Ronaldo yang baru berusia 37 tahun, sedang berusaha mencari kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara," catat Aveiro menerusi laman sosial Instagramnya.

Sebelum itu, Perez ditanya peminat sama ada kelab gergasi Sepanyol tersebut akan menandatangani semula Ronaldo dan dia menjawab; "Sekali lagi? Dia sudah berusia 37 tahun," katanya.

Untuk rekod, Ronaldo masih kekal memegang rekod penjaring terbanyak Real dengan 452 gol.

Biarpun masih berbaki setahun kontrak di Old Trafford, Ronaldo telah menyatakan untuk meninggalkan United pada jendela kali ini.