Ibu hilang dalam kebun sawit

Painah (tengah) masih hilang selepas masuk dalam kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu.
Painah (tengah) masih hilang selepas masuk dalam kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang warga emas hilang selepas keluar ke kebun sawit sejak Rabu dan selepas itu tidak pulang lagi ke rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Painah Siwan yang berusia 79 tahun dikatakan pergi ke kebun sawit berhampiran rumahnya pada jam 3.30 petang.

"Pada jam 11 malam Rabu pihak polis Balai Polis Senggarang telah menerima aduan daripada anak mangsa menyatakan ibunya tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun kelapa sawit berhampiran rumah mereka.

"Usaha pencarian awal telah dilakukan anggota Balai Polis Senggarang, keluarga dan orang kampung tetapi gagal ditemui," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Operasi mencari warga emas yang hilang dalam kebun kelapa sawit diteruskan dalam masuk hari keempat di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu
Operasi mencari warga emas yang hilang dalam kebun kelapa sawit diteruskan dalam masuk hari keempat di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu

Katanya, operasi pencarian diteruskan sehingga Sabtu yang memasuki hari keempat melibakan 187 pegawai dan anggota terdiri daripada polis dan bomba selain 10 tentera, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Turut membantu katanya, penduduk setempat dengan pertolongan unit pengesan (K9) polis dan bomba tetapi masih gagal ditemui.

Beliau berkata, operasi yang dimulakan pada Sabtu sekitar jam 8 pagi diperluas melebihi dari parameter mangsa dilaporkan hilang.