Eksesais Udara Shakti 2022: Pesawat terbang rendah di Kuantan

TUDM laksanakan eksesais bersama IAF iaitu Eksesais Udara Shakti 2022 (EX US22) selama enam hari bermula semalam libat ruang udara Kuantan dan kawasan sekitar.
TUDM laksanakan eksesais bersama IAF iaitu Eksesais Udara Shakti 2022 (EX US22) selama enam hari bermula semalam libat ruang udara Kuantan dan kawasan sekitar.
A
A
A

KUANTAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan eksesais bersama Indian Air Force (IAF) iaitu Eksesais Udara Shakti 2022 (EX US22) selama enam hari bermula semalam melibatkan ruang udara Kuantan dan kawasan sekitar.

TUDM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pesawat TUDM dan IAF akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan sepanjang eksesais itu berlangsung.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM dan IAF terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais," menurut kenyataan itu.

TUDM selaku tuan rumah eksesais itu juga memaklumkan eksesais dengan konsep Field Training Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) itu memperkukuhkan hubungan profesional antara dua angkatan udara Malaysia dan India.

Eksesais itu juga akan meningkatkan kebolehoperasian dalam melaksanakan latihan bersama di peringkat taktikal, membina dan mengukuhkan hubungan ketenteraan dua hala, perkongsian kemahiran serta pengalaman. - Bernama