Tekong darat bawa PATI naik Perodua Alza dicekup

Perodua Alza yang dipandu tekong darat cuba melarikan diri daripada polis dalam kejadian di Taman Mesra, Gua Musang pada Khamis.
Perodua Alza yang dipandu tekong darat cuba melarikan diri daripada polis dalam kejadian di Taman Mesra, Gua Musang pada Khamis.
A
A
A

GUA MUSANG - Polis menahan seorang tekong darat dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dalam kejadian di Taman Mesra di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan mengejut di Jalan Gua Musang-Lepan Jaya ternampak sebuah MPV jenis Perodua Alza membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota bertugas telah mengekori kenderaan yang dipandu suspek berusia 45 tahun itu sehingga berjaya ditahan di Taman Mesra.

"Semasa proses tangkapan dibuat telah berlaku pergelutan antara polis dan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menjumpai dua wanita dan empat lelaki warga Myanmar berusia 19 hingga 30 tahun di bahagian penumpang belakang.

Beliau berkata, kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini secara sah.

Katanya, suspek dipercayai dalam perjalanan membawa PATI tersebut ke Kuala Lumpur.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 26 J Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1) ( c) Akta Imigresen dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: