Kuda bawa pedati rebah akibat kurang air

Seekor kuda rebah di Midtown Manhattan, New York pada Rabu kerana kekurangan air. - Foto Christian Parker
Seekor kuda rebah di Midtown Manhattan, New York pada Rabu kerana kekurangan air. - Foto Christian Parker
A
A
A

NEW YORK - Seekor kuda yang membawa pedati rebah di Midtown Manhattan, New York pada Rabu kerana kekurangan air.

Bangun! Bangun! Bangun! jerit seorang pemandu kereta kuda itu yang kecewa ketika melalui di laluan yang sibuk sekitar jam 5 petang waktu tempatan.

Orang ramai kesal menyaksikan kuda yang rebah itu disebat oleh pemandu kereta kuda itu.

"Macam mana kalau saya pukul awak macam tu?" tanya seorang penonton yang prihatin seperti dilaporkan oleh akhbar New York Post.

"Berhenti memukulnya," kedengaran seorang wanita lain lagi.

"Saya cuba bangunkan dia, baiklah," kata pemandu itu.

Kuda itu kemudian berbaring di sisinya dan meletakkan kepalanya di atas jalan ketika pemandunya mengeluarkan ia daripada pedati tersebut dengan bantuan seorang pejalan kaki.

Sekumpulan pegawai polis kemudian tiba dan menyiram kuda itu dengan air.

Akhirnya, haiwan berkenaan berdiri dan diberikan suntikan adrenalin selepas lebih sejam ia rebah.

Kuda itu kemudian dibawa untuk rawatan di lokasi lain, menurut polis. - Agensi