Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. - Gambar hiasan
Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. - Gambar hiasan
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM39.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.58 bilion dalam dana Islam.

Pada Khamis, bank pusat akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional RM1 bilion, masing-masing selama tujuh, 14 dan 21 hari, dan tiga tender Qard yang terdiri daripada tender RM2.7 bilion untuk jangka masa tujuh hari, tender RM500 juta selama 14 hari dan tender RM1 bilion bertempoh 21 hari.

Selain itu, bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM35.2 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM23.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah. - Bernama