Provokasi punca penyokong Kelantan 'mengamuk'

Tindakan segelintir penyokong lawan yang membuat provokasi terhadap penyokong Kelantan dipercayai menjadi punca berlakunya kekecohan pada aksi Liga Premier antara TRW dengan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada petang Selasa.

A
A
A

TINDAKAN segelintir penyokong lawan yang membuat provokasi terhadap penyokong tuan rumah, Kelantan FC dipercayai menjadi punca berlakunya kekecohan pada aksi Liga Premier antara The Red Warriors (TRW) dengan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, pada petang Selasa.

Difahamkan provokasi itu berlaku ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan itu menuju minit-minit akhir permainan.

Tindakan tersebut mengundang kepada insiden berbalas-balas balingan objek antara kedua-dua penyokong.

Situasi itu memaksa penyokong lawan memasuki kawasan padang dan berkumpul di hadapan gol sambil sebahagian daripada mereka terus membuat provokasi ke arah tuan rumah.

Susulan itu, penyokong TRW berkumpul di luar stadium sehingga memaksa pihak keselamatan bersama pasukan polis mengawal keadaan dengan 'menahan' penyokong Perak daripada keluar.

Video kekecohan itu kemudiannya tular di laman sosial Facebook sekali gus mengundang pelbagai komen daripada warganet.