Identiti lima nelayan hilang dikenal pasti

Maritim Malaysia mengadakan taklimat operasi Carilamat bagi mengesan lima nelayan hilang di Pulau Redang pada Rabu. - Foto: Ihsan Maritim Malaysia (Gambar kecil: SALUDIN, RAJA ZAINUDDIN, MOHD NAZRI, AHMAD ZAMRI, ZULKIFLI)
Maritim Malaysia mengadakan taklimat operasi Carilamat bagi mengesan lima nelayan hilang di Pulau Redang pada Rabu. - Foto: Ihsan Maritim Malaysia (Gambar kecil: SALUDIN, RAJA ZAINUDDIN, MOHD NAZRI, AHMAD ZAMRI, ZULKIFLI)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Identiti lima nelayan yang hilang dan dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Redang pada malam Isnin lalu telah dikenal pasti.

Kesemua mangsa beralamat di Kelantan itu ialah Zulkifli Umar, 48, Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, Saludin Ismail, 50, Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Mohd Nazri Abu Bakar, 48.

Seorang mangsa terselamat ialah Muhammad Kamaruddin Yudi, 31.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu dalam kenyataan pada Rabu berkata, bot yang membawa seramai enam kru termasuk tekong itu dilaporkan karam kira-kira jam 10 malam.

Katanya, bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan sebelum dilaporkan karam.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan nelayan yang hilang telah diaktifkan sejak Selasa lalu.

Usaha pencarian meliputi kawasan seluas 242 batu nautika daripada lokasi bot berkenaan dilaporkan karam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!