Sila log masuk terlebih dahulu.

Kanak-kanak melulu lintas jalan cetus kemalangan

10 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 10 OGOS 2022

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi pencetus kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Wakaf Aik, Bachok, Kelantan pada Selasa.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu kanak-kanak berkenaan dipercayai sedang berjalan berpimpin tangan dengan seorang lelaki dewasa di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal semasa kejadian mendapati kanak-kanak berkenaan merentap tangan dan terlepas dari genggaman lelaki dewasa tersebut.

Artikel penuh

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian