Piala AFC: Cabaran Kedah terhenti di separuh akhir

Antara aksi KDA menentang PSM Makassar pada separuh akhir Piala AFC 2022 Zon ASEAN di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia. - Foto AFC CUP
Antara aksi KDA menentang PSM Makassar pada separuh akhir Piala AFC 2022 Zon ASEAN di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia. - Foto AFC CUP
A
A
A

CABARAN kelab Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Piala AFC 2022 musim ini terhenti di separuh akhir Zon ASEAN apabila tewas 1-2 kepada PSM Makassar pada Selasa.

Sang Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak tampil ke Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia, terlebih dulu dikejutkan hasil jaringan Yakob Sayuri minit ke-31 untuk ketinggalan 0-1 di babak pertama.

Babak kedua, PSM Makassar menggandakan asakan bagi melebarkan jaringan akhir berjaya menjaringkan gol kedua hasil tandukan Yuran Fernandes pada minit ke-54.

Bagaimanapun selepas itu The Red Fish terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Fernandes dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-62.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya KDA apabila merapatkan jurang hasil percubaan Fayadh Zulkifli pada minit ke-86 untuk kedudukan 2-1.

PSM Makassar sekali lagi terpaksa beraksi dengan sembilan permain setelah Agung Mannan dilayangkan kad merah pada minit ke-93.

Artikel Berkaitan: