Maxis Business lancar jelajah UsahaWIRA bantu PKS

Inisiatif Maxis Business, jelajah UsahaWIRA bantu menginspirasikan pendigitalan PKS.
Inisiatif Maxis Business, jelajah UsahaWIRA bantu menginspirasikan pendigitalan PKS.
A
A
A

MAXIS Business buat pertama kalinya melancarkan jelajah UsahaWIRA dengan sesi rangkaian dan kisah bersiri baharu bagi menghubungkan lebih banyak perniagaan dan pengusaha di negara ini.

Ketua Segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Maxis, Kevin Lee berkata, program jelajah tersebut bertujuan untuk mendidik PKS dalam menjalani digitalisasi dengan berjaya serta sedia untuk masa hadapan.

“Perniagaan perlu paham kepentingan digitalisasi tidak memakan banyak kos, dan mereka tidak mampu ketinggalan.

“Program ini ialah peluang yang baik untuk PKS mendapat inspirasi dan mengambil pengajaran dari perjalanan rakan-rakan usahawan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ulas Kevin, inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada program UsahaWIRA yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana ia memanfaatkan Geran Digitalisasi SME oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Perniagaan boleh mendapat manfaat daripada rangkaian dan sesi meja bulat di jelajah UsahaWIRA.
Perniagaan boleh mendapat manfaat daripada rangkaian dan sesi meja bulat di jelajah UsahaWIRA.

“Lebih daripada 25,000 PKS telah dibantu melalui Geran Digitalisasi SME dan berharap ia dapat menggalakkan lebih ramai penyertaan supaya kami boleh membimbing mereka pada setiap langkah,” ujarnya.

Sementara itu, Kevin berkata, pengunjung jelajah UsahaWIRA boleh mengetahui maklumat serta penyelesaian untuk pemasaran digital, jualan elektronik, pekerjaan dari jauh dan sebagainya di pameran Maxis Business dan rakan kongsinya, iaitu AmBank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia.

Menurutnya, sebagai komitmen untuk memudahkan digitalisasi dengan lebih baik dan pantas untuk perniagaan, Maxis membawa sumbernya ke satu lokasi untuk jelajah UsahaWIRA di seluruh negara.

“Pengunjung juga boleh mendapatkan konsultasi percuma untuk memeriksa sama ada mereka layak menuntut sehingga RM5,000 daripada Geran Digitalisasi SME.

“Mereka boleh mendapatkan inspirasi melalui sesi meja bulat dengan pemilik perniagaan tempatan yang akan bercerita tentang perjalanan digitalisasi perniagaan mereka, mendapat akses kepada tawaran perniagaan yang ekslusif, dan berangkaian antara satu sama lain.

“Selain itu, pengunjung berpeluang untuk memenangi peranti dan hadiah cabutan bertuah yang menarik,” menurutnya.

Persinggahan pertama jelajah UsahaWIRA di Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur pada 3 Ogos.
Persinggahan pertama jelajah UsahaWIRA di Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur pada 3 Ogos.

Dalam pada itu, Maxis turut memberi inspirasi kepada mereka dalam mencapai aspirasi digital melalui pameran kisah PKS daripada pelbagai industri termasuk makanan, minuman, runcit dan pertanian, yang mana telah meraih faedah daripada Geran Digitalisasi SME.

“Perniagaan yang sebahagian daripada komuniti UsahaWIRA akan menikmati akses eksklusif kepada bengkel, acara, dan panduan untuk memajukan perniagaan mereka. Mereka juga berpeluang untuk menjalin rangkaian dan belajar antara satu sama lain.

“Maxis telah menyokong komuniti PKS sejak beberapa tahun. Sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) oleh MDEC di bawah Geran Digitalisasi SME, Maxis membolehkan PKS yang memohon geran tersebut melaluinya untuk memilih daripada pelbagai penyelesaian digital dan perhubungan untuk merancakkan aspirasi digital mereka.

“PKS boleh memanfaatkan pemasaran digital, jualan elektronik, pekerjaan dari jauh dan penyelesaian e-dagang di Rangkaian Gred Perusahaan Generasi Seterusnya, dan bermanfaat daripada satu titik sentuhan Maxis untuk pengalaman induksi sehenti, yang berada di salah satu rangkaian runcit terbesar di seluruh negara,” jelasnya.

Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh layari https://business.maxis.com.my/en/campaign/smegrant/roadshow/.