Beberapa pelajar cedera, tangki air SMK Melor pecah

Tangki air yang pecah itu menimpa laluan pejalan kaki di sekolah berkenaan menyebabkan pelajarnya mengalami kecederaan. - Foto Facebook Dr Mohd Radzi Md Jidin
Tangki air yang pecah itu menimpa laluan pejalan kaki di sekolah berkenaan menyebabkan pelajarnya mengalami kecederaan. - Foto Facebook Dr Mohd Radzi Md Jidin
A
A
A

KOTA BHARU - Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Ketereh di sini dipercayai mengalami kecederaan selepas tangki air di sekolah berkenaan pecah pada Selasa.

Kejadian itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik selepas selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara.

Mohd Radzi berkata, tangki air yang pecah itu menimpa laluan pejalan kaki di sekolah berkenaan menyebabkan pelajarnya mengalami kecederaan.

Beberapa pelajar SMK Melor, Ketereh Kota Bharu dipercayai mengalami kecederaan selepas ditimpa tangki air yang pecah pada Selasa. - Foto Facebook Dr Mohd Radzi Md Jidin
Beberapa pelajar SMK Melor, Ketereh Kota Bharu dipercayai mengalami kecederaan selepas ditimpa tangki air yang pecah pada Selasa. - Foto Facebook Dr Mohd Radzi Md Jidin

"Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saya telah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan melaksana kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut dalam kadar segera," katanya.

Menurutnya, hal ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam baik dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.

Beliau berkata, semua pihak dimohon untuk menitipkan doa agar semua mereka yang terlibat dalam insiden itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.