Watsons tawar hadiah rumah

Caryn (empat dari kanan) dan Hock San (tiga dari kanan) bersama tetamu yang hadir pada Majlis pelancaran kempen “Beli dengan Watsons dan Berpeluang Memiliki Rumah” di LBS SkyLake Residence @ Puchong, baru-baru ini.

A
A
A

WATSONS Malaysia (Watsons) telah melancarkan kempen 'Beli dengan Watsons dan Berpeluang Memiliki Rumah' yang membolehkan pemenang memiliki rumah baharu sekali gus menikmati lebih banyak ganjaran.

Kempen itu diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-12 Ahli Kelab Watsons pada tahun ini.

Pengarah Urusan, Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, sepanjang tempoh 12 tahun telah menyaksikan bagaimana jumlah keahlian Watsons semakin bertambah melebihi 7 juta ahli hingga hari ini.

Menurutnya, Watsons percaya pada ganjaran yang diberikan kepada ahli melalui pembelian barangan di Watsons dan ia merupakan cara mereka untuk memberikan penghargaan kepada ahli yang telah bersama jenama itu selama ini.