Haaland enggan dabik dada

Haaland - Foto EPA
Haaland - Foto EPA
A
A
A

PENGGEMPUR baharu Manchester City, Erling Haaland enggan mendabik dada dengan ketajaman penyudahnya apabila berjaya menjaringkan dua gol pada penampilan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas pemain Borussia Dortmund itu menyudahkan sepakan penalti untuk gol pembukaan sebelum menyempurnakan dengan baik hantaran Kevin De Bruyne untuk menundukkan West Ham 2-0.

Haaland menyifatkan aksi The Citizens itu sebagai pemanas badan sama seperti mereka lakukan dalam latihan.

"Ia tentang apa yang kami lakukan dalam latihan setiap hari. Ada banyak lagi, jadi saya tidak risau. Sepatutnya lebih banyak lagi," ujarnya.

Penyerang Norway itu juga menjadi pemain Manchester City pertama menjaringkan dua gol pada penampilan sulung liga sejak Sergio Aguero.

Haaland dilihat sebagai pengganti terbaik untuk Aguero, penjaring terbanyak kelab Manchester itu.

The Citezens kendalian Pep Guardiola merangkul kejuaraan EPL sepanjang dua musim lalu tanpa penyerang utama dan dia gembira melihat perpindahan Haaland membuahkan hasil.

"Erling mempunyai tindakan penyudah yang baik dan dia cepat menyesuaikan diri.

Artikel Berkaitan:

"Dia sangat bagus. Saya tidak boleh mengajarnya bagaimana untuk menjaringkan gol, dia hanya perlu rasa selesa," ujarnya.