Lelaki maut, dua cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NARATHIWAT - Seorang orang awam maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Narathiwat, selatan Thailand, pada Ahad.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Pol Waesamae Salae berkata, dalam insiden kira-kira 8.30 malam (waktu tempatan) pada Sabtu, mangsa yang terbunuh berteduh di sebuah pondok berdekatan sebuah pos kawalan bersama isterinya yang turut cedera dalam kejadian itu.

"Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang dipasang pada tong gas dan diletakkan di atas sebuah motosikal yang diubahsuai dan ia diaktifkan menggunakan walkie-talkie.

"Kekuatan letupan dan serpihan bom menyebabkan lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, 57 tahun, cedera parah,” katanya pada satu sidang media di sini, pada Ahad.

Selain itu, beliau berkata seorang lelaki, 56, berada dalam sebuah rumah berdekatan turut cedera apabila terkena bumbung rumah yang runtuh akibat kekuatan letupan bom.

"Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di hospital” katanya. - Bernama