Panggilan 911 dedah pembantu juruterbang mungkin terjun pesawat

CHARLES HEW CROOKS - Foto WRAL
CHARLES HEW CROOKS - Foto WRAL
A
A
A

MORRISVILLE - Rakaman perbualan panggilan kecemasan 911 yang dibuat oleh Pengawal Trafik Udara di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa seorang pembantu juruterbang mungkin telah terjun dari pesawat yang rosak baru-baru ini.

Pembantu juruterbang itu, Charles Hew Crooks itu melompat dari sebuah pesawat ringan tanpa memakai peralatan payung terjun sebelum kapal terbang itu mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham, Morrisville.

Pesawat ringan yang dikendalikan oleh seorang lagi juruterbang mendarat cemas selepas roda kanannya mengalami kerosakan.

Juruterbang tersebut yang namanya tidak didedahkan mengalami kecederaan ringan.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Duke sebelum dibenarkan keluar selepas dirawat.

Mayat pembantu juruterbang itu ditemui di belakang rumah di bandar Fuquay-Varina tidak jauh dari lapangan terbamg tersebut.

Dia melompat dari ketinggian 1,066 meter.

Rakaman perbualan itu telah didedahkan oleh media AS dan para penyiasat belum mengesahkan sama Crooks sengaja melompat dari pesawat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Siasatan pihak berkuasa tentang kejadian itu masih berlangsung. - Agensi