Peruntuk RM50 juta untuk Program Pembiayaan Pemulih Newbiz

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS pada Sabtu. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

SERDANG - Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang berminat memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, program pembiayaan melalui Agrobank itu turut meliputi pemohonan untuk membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing.

Berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di sini pada Sabtu, Ismail Sabri berkata, program itu menawarkan pembiayaan sebanyak RM5,000 bagi peringkat pertama dan RM10,000 bagi peringkat kedua.

"Pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun," katanya.

Turut hadir pada perasmian MAHA 2022 itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. - Bernama