Tiga maut, kereta terputus dua

Pacuan empat roda yang terputus dua selepas terbabit dalam nahas di Jalan Lintas-Lido, Kota Kinabalu.
Pacuan empat roda yang terputus dua selepas terbabit dalam nahas di Jalan Lintas-Lido, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki parah dalam nahas di Jalan Lintas-Lido di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang maut membabitkan dua lelaki dan seorang wanita, manakala kanak-kanak berusia lima tahun yang parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan membabitkan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipercayai terbabas sendiri dan merempuh tiang jejambat Jalan Lintas.

"Akibat kejadian itu, pacuan empat roda terputus dua dan semua mangsa tersepit sebelum dikeluarkan pasukan bomba.

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan semua maklumat mengenai mangsa belum dapat dikenal pasti setakat ini," katanya dalam kenyataan pada awal pagi Sabtu.