Wanita ditahan seludup 14 ekor anjing dari Thailand

Anjing yang ditemui dalam kereta dipandu seorang wanita ketika pemeriksaan sepasukan anggota PGA dan polis di sekatan jalan raya (SJR) di Lalang Pepuyu, Bukit Bunga, Tanah Merah pada Khamis.
Anjing yang ditemui dalam kereta dipandu seorang wanita ketika pemeriksaan sepasukan anggota PGA dan polis di sekatan jalan raya (SJR) di Lalang Pepuyu, Bukit Bunga, Tanah Merah pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menahan seorang wanita yang membawa 14 ekor anjing bernilai kira-kira RM112,000 disyaki diseludup dari Thailand.

Wanita berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi ketika pemeriksaan sepasukan anggota PGA dan polis di sekatan jalan raya (SJR) di Lalang Pepuyu, Bukit Bunga, Tanah Merah pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta Proton Wira berwarna kuning itu terdapat beberapa sangkar di bonet belakang kereta.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan ialah RM120,000.

"Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) 2011," katanya.