Kehadiran GTA untungkan parti lebih besar

GTA dipengerusikan oleh Dr Mahathir selaku Pengerusi Penaja manakala empat presiden parti di bawah GTA dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.
GTA dipengerusikan oleh Dr Mahathir selaku Pengerusi Penaja manakala empat presiden parti di bawah GTA dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.
A
A
A

PENGUMUMAN gabungan politik baharu, Gerakan Tanah Air (GTA) oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan secara rasminya empat blok parti politik termasuk Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) akan berentap pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Berteraskan agenda Melayu dan Islam, gabungan politik baharu itu menggabungkan Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Persoalannya kini parti manakah yang harus dipilih oleh orang Melayu apabila semua parti kononnya berjuang memperkasakan bangsa Melayu dan Islam?

Dan dengan empat blok besar ini, parti manakah yang bakal mendapat untung besar ekoran perpecahan parti Melayu?

Baca laporan penuh analisis berita ini di Sinar Premium