Jelajah Remaja Elit 2022 hampir kemuncak

Saingan badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir semakin hampir ke kemuncaknya apabila pusingan round robin melibatkan lapan kumpulan bagi acara perseorangan serta beregu lelaki dan perempuan melabuh tirai. - Foto AFP
Saingan badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir semakin hampir ke kemuncaknya apabila pusingan round robin melibatkan lapan kumpulan bagi acara perseorangan serta beregu lelaki dan perempuan melabuh tirai. - Foto AFP
A
A
A

SAINGAN badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir semakin hampir ke kemuncaknya apabila pusingan round robin melibatkan lapan kumpulan bagi acara perseorangan serta beregu lelaki dan perempuan melabuh tirai.

Saingan perseorangan lelaki Bawah 16 tahun, Sng Wei Ming antara 16 pemain yang mengesahkan slot ke suku akhir selepas mengungguli saingan peringkat kumpulan.

Pemain yang beraksi untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini mengungguli kumpulan A dengan rekod kemenangan 100 peratus dalam kesemua perlawanan.

Turut sama mara ke suku akhir adalah rakan sepasukan, Kang Khai Xing yang muncul naib juara kumpulan.

Sementara kumpulan B menyaksikan Aaron Tai (BAM) dan Mohd Shazlan M Thaqif Shaz (Selangor) mengesahkan kemaraan ke kelompok 16 pemain terbaik manakala Kee Is Kian (BAM) dan Yap Chun Shin (Kuala Lumpur) mendominasi dua kedudukan teratas kumpulan C.

Joshua Wong (BAM) dan Bolherry Tor Bin Tor Buck Huat (Kedah) pula mengungguli carta kumpulan D diikuti Kong Zhou Swin (BAM) dan Tan Kean Wei masing menduduki dua kedudukan teratas bagi kumpulan E.

Seorang lagi wakil BAM, Muhd Faiq turut mengekalkan rekod tanpa kalah untuk muncul juara kumpulan F dan mara ke suku akhir bersama sama wakil Selangor, Au Wei Shan yang menghuni tangga kedua.

Kumpulan G diungguli Lee Yen Wei (BAM) selaku juara manakala seorang lagi wakil Selangor Shawn Hiu muncul naib juara sekali gus mengesahkan slot ke suku akhir.

Sementara Lok Hong Quan (BAM) dan Goh Yi Qin (Selangor) melengkapkan kuota 16 pemain ke suku akhir selepas mengungguli dua tangga teratas Kumpulan H.

Perseorangan perempuan bawah 16 tahun menyaksikan Dania Sofea Zaidi dari Johor antara yang mencuri tumpuan selepas mengesahkan status selaku juara Kumpulan D selepas menang dua perlawanan diikuti wakil BAM, Nicole Chau yang muncul naib juara.

Turut cemerlang, pemain Pulau Pinang, Oo Shan Zi yang mendominasi saingan Kumpulan E manakala wakil BAM, Noraqilah Maisarah menamatkan saingan kumpulan kedua sementara rakan sepasukan Oo Shan Zi, Celine Ng pula mengungguli saingan Kumpulan F.

Seramai 38 pemain perseorangan lelaki beraksi di kejohanan ini yang dipecahkan kepada lapan kumpulan yang akan memburu slot untuk ke suku akhir.

Semua pemain akan beraksi dalam peringkat kumpulan secara round robin untuk memburu slot ke suku akhir bagi pemburuan juara edisi 2022.

Untuk rekod, Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 dibahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A terdiri dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Kejohanan melibatkan kategori Bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun perseorangan dan beregu lelaki dan wanita.

100PLUS JET dua pusingan menyaksikan pemain terbaik setiap kumpulan layak beraksi ke perlawanan 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir di Stadium Juara Bukit Kiara.