Penghantar makanan boikot hantar makanan esok

Penghantar makanan akan memboikot daripada menghantar makanan selama sehari esok.
Penghantar makanan akan memboikot daripada menghantar makanan selama sehari esok.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Gerakan solidariti penghantar makanan akan melakukan boikot selama sehari esok susulan kadar upah mereka dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Boikot berkenaan dimaklumkan menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun twitter #PartTimeKL pada Khamis sebagai tanda solidariti kepada penghantar makanan.

Posting berkenaan menjelaskan penghantar makanan tidak akan beroperasi selama sehari esok (Jumaat).

Kempen rider penghantar makanan boikot menghantar makanan selama sehari esok.
Kempen rider penghantar makanan boikot menghantar makanan selama sehari esok.

“Solidariti untuk rakan-rakan rider frontliner @GrabMY & @foodpanda_my yang akan mogok satu hari esok. Yang mana tak dapat avoid, expect order delay/cancelled,” katanya.

Difahamkan tindakan itu diambil berikutan harga makanan yang dihantar naik tetapi kadar upah penghantaran dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

“Dah la makanan anda semakin mahal, fare kami pula makin sedikit,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penghantar makanan separuh masa di kawasan Lembah Klang yang namanya enggan dikenali berkata, gerakan tersebut akan menyebabkan banyak permintaan pelanggan terkesan dan berkemungkinan terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, katanya, situasi tersebut juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada penghantar makanan lain yang bekerja pada Jumaat kerana mereka dapat menjana lebih banyak pendapatan.

“Memang saya tahu mengenai boikot itu, dan kebanyakannya disertai oleh ‘rider’ penghantar makanan sepenuh masa esok.

“Tetapi untung pada yang bekerja pada esok sebab apabila ‘rider’ tak banyak, permintaan tinggi, jadi ‘rider’ dapat lebih banyak kerja berbanding hari-hari biasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.